Thursday, February 23, 2012

aiskrim roti

khamis!!
maaf ye kawan-kawan. semalam panas sangat kat kuantan sampai termakan pulak aiskrim roti ni.ermm, perisa keladi yang nyummy! roti dia pun gebu sangat.sweet! semuanya dah ada dalam peti sejuk, asyik pandang saja.puas menahan tapi tergoda sudah.kikiki..


semalam tak sempat nak ke watsons sebab mertua datang rumah. bila malam je suami nak tengok malaysia vs japan pulak. hari ni lah kot. lagi pun sy nak balik kampung minggu ni..sebab suami tak ada kat rumah untuk beberapa hari. apa pun terima kasih ye kakak ku semua...

semalam ada yang tanya saya orang mana.okey, saya asal dari negeri sembilan. sekarang ni duduk kuantan, mengikut suami yang kerja kat sini. tapi sebelum tu saya bekerja di JB selama 2thn lebih.

kawan saya si saidatul akma..suruh saya ambil biodex.eh, okey ke?pergi klinik pun doktor suruh buat rawatan di klinik pakar. saya ni takut  & seram nak makan ubat-ubatan moden ni. sebab saya takut kesan sampinganya. sekarang ni pun berat badan saya dah naik 70kg, tembam dan gebu saja. nasib la saya ni tinggi jugak orangnya jadi tak berapa nampak sangat ketembamannya. lagi pun saya tak ada rezeki lebih lagi nak jumpa doktor pakar.eem, kesian kan :(

ada seorang kawan saya ni. dia dah kawen 3-4tahun pun belum ada rezeki. baru-baru ni dia ada buat operation sebab ada cyst ovary. sekarang ni dia masih buat rawatan dengan pakar untuk usaha ada anak. kesian dia.muda lagi, sebaya dengan saya si ayu tu. tak apalah dia suami/isteri bekerja. duit yang mereka dapat tu boleh tampung kos rawatan untuk ayu. baru-baru ni mereka suami isteri bercuti ke cameron highland dengan harapan ada rezeki masa bercuti tu.sy harap ayu ada rezeki..

kalau saya,rasanya tak apalah kot. biar saya usaha cara tradisional dan secara semulajadi je dulu. saya berkahwin pun baru 1thn 4bulan. usia pun muda, muda tak muda tahun ni 24thun dah saya (eeerm, pecah rahsia huhuhu..).


mintak maaf....mintak maaf..


dahlia : semalam saya tunjuk album gambar kak lind johari (ttc tegar) yang dapat kembar 3 pada suami. suka betul dia tengok gelagat 3r tu..


7 comments:

  1. xpe sis. cuba usaha yg terdaya. Dia tak turunkan ujian utk membebankan kita kan :) eh, akak balik cuti2 dgn husben kat cameron highlands terus preggy tau hihi *pecahrahsia* ;p

    ReplyDelete
  2. aiskrim roti mmg kegemaran sy sejak kecik lagi...best..

    ReplyDelete
  3. Wah sdapnyer... Terliur lak..hahahha... Kak lind tu mmg caring sgt.. Suka kat anak diorg :)

    ReplyDelete
  4. Wahh.. harus ke Cameron lagi sekali ni.. sejuk mejuk gak... Tak pe sis, banyak lagi masa, kita ukur baju dibadan sendiri lagi bagus...

    Tetiba akak nak share resepi dgn sis.. Suka makan icecream ye? Cuba try ini...

    http://msieda.blogspot.com/2012/02/ice-cream-goreng-yummy-hokayyyyy.html

    ReplyDelete
  5. cik puan fara : kak, aid apun teringin sgt nak pergi cameron highland. sebab ramai kwn-kwn dpt conceive ms honetmoon kt sana.myb cuaca sejuk kot..huhuhu

    sizuka : sy baru je belajar mkn.mertua yg ajar...

    ros : k.lind tu satu tempat kerja. dia memang baik...

    ieda : kak, sy ni memang tak mampu nk bayar pakar mahal-mahal. yelah org tak kerja kan...betul tu ukur baju badan sendiri....

    ReplyDelete
  6. sedapnyeee..... lama tak makan!

    ReplyDelete
  7. Hye salam kenal :-) saya pun mcm awak gak, still ttc secara natural n supplement pun makan yang light-light jer, tp saya dah nak masuk 29 y.o *pun pecah rahsia gak* sbb org sll ingat saya ni budak abis sekolah yg baru kawen. InshaAllah, ada rezeki kita nanti :-)

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...