Wednesday, February 29, 2012

provera 5mg

selamat pagi semua..
hari ini saya akan balik ke kuantan. rindu dah kat suami ni. udah lah semalam kene sengat tebuan. nasib baik sempat ke klinik. tak pasal-pasal saya muntah dan lalok sepanjang malam.huhuhu..

semalam saya dah telan ubat turun period. kebetulan akak batik pink tanya, saya makan ubat jenis apa.ok, meh la nak cerita. kalau saya tak datang period atau dah lewat sangat..biasanya saya akan ke klinik kerajaan berdekatan. dan diorg akan bekalkan saya ubat provera 5mg makan 2biji sehari untuk 5hari saja. biasanya period saya akan turun kurang dari masa seminggu selepas makan ubat tu.

dulu ada juga dapat ubat yang kene makan selama 21hari. tapi saya tak nak dan pulangkan semula pada doktor. sebolehnya saya minta doktor bagi saya ubat yang hanya perlu makan selama 5hari saja.sebab saya memang nak cepat.hehehehe...

itu je lah kot. saya memang bergantung pada ubat turun period setiap bulan. pernah jugak nekad tak nak makan ubat turun period tapi period tak jugak turun-turun. 2 bulan lepas saya amalkan epo selama sebulan dan alhamdulillah period saya turun ontime sampai cd35. tapi bulan lepas saya dah tak amalkan epo lagi sebab badan saya naik mendadak!.ermm, sampai sekarang ni period saya tak ada tanda nak turun.huhuhu...sedihnya. rasanya bila dah period ni saya kene amalkan semula epo ni sampai waktu subur je kot. nasib la saya ada terbaca dalam entri kak hikari pasal kesan epo setelah 3bulan....maaf kak nurul hikari.saya copy paste ayat akak dalam blog. untuk dikongsi bersama.....

katanya..
"epo ni makan sampai hari subur je.. boleh juga diteruskan sampai haid seterusnya TETAPI hanyalah jika confirm kita TIDAK preggy... coz kalau preggy (dah lekat) selepas ovulasi ketika ni, it may cause your uterus to contract dan ini akan menyebabkan keguguran pada kandungan.."

saya dah nak balik kuantan ni. mak pun ada bekalkan saya madu lebah tualang untuk saya makan dengan serbuk debunga kurma yang MIL saya bagi tempohari. nekad saya bila dah period nanti......
  • saya nak joging sekurang-kurangnya 3minggu sekali untuk kurangkan berat badan dan buang toksik    dalam badan.
  • berdiet untuk kami suami isteri.
  • amalkan epo sampai waktu subur je..
  • serbuk debunga kurma +madu 
  • ber'babydance sehari sekali...huhuhu!!....

ok. tata.....

dahlia :: kalau ada cara lain. share lah dengan saya ye. saya pun nak cuba jugak =)


Tuesday, February 28, 2012

tebuan cium peha...





petang tadi.
akibat mengantuk sangat. saya terus landing atas tilam di ruang tamu rumah mak. tak toleh mana pun sebab mata terlalu berat. dan tetiba ada benda panas,perit dan tajam kat peha. bila angkat rupanya ada tebuan.!


sakit oo. masa tu terus jerit adik lelaki suruh bunuh tebuan tu..dan ambilkan ubat.kuss semangat! perit sangat tau!


setengah jam menahan sakit..sebab tak bagi tahu emak pun.diam-diam je. tapi terpaksa cakap dan pukul7 mlm mak terus ajak ke klinik dekat rumah ni. ambil injection. dapat lah dua injection. injection pertama tu kat bahu. yang kedua kat saluran darah (kat tangan).


yang bestnya, 5minit lepas doktor buat injection kedua tu..tekak dah mula rasa payau dan loya-loya.akhirnya saya muntah-muntah depan klinik.lembik dibuatnya..


kata doktor,kesan injection yang pertama pula buat saya mengantuk dan saya lalok tak hingat.memang tak ingat apa-apa. fengsan tidur sampai tengah malam..


pesan doktor, kalau ada rasa sesak nafas kene segara ke klinik semula.gituew katanyaa. hilang rasa sakit bila si doktor ni manis dan ensem orangnya.hahaha!!


tak apalah.sekarang ni dah okey sikit kot. cuma rasa kebas kat tempat dicucuk. sesekali rasa perit kat sekitar tempat disengat. sihat dah ni.besok nak drive balik kuantan pulak.terpaksa balik awal sebab rindu sangat dengan suami...rindu..rindu..rindu


dahlia :: sengatan tebuan boleh membawa maut.sumber dari
 "renunglah dengan mata hati..pasti terbuka kunci"



baru dari saya..

tengok lah perut saya tu..
kalau betul apa salahnya..
alhamdulillah..

tapi saya baru je balik dari klinik ambil ubat turun period..
baru je lepas makan.
selamat.....

Monday, February 27, 2012

semput

puncanya demam hari tu je.bila demam dah kebah tinggal batuk je lah.sekarang ni masih lagi batuk-batuk. sangat kesian sampai semput dada makcik.


nak gelak susah. nak tidur lagi susah! kene tidur duduk lah sepanjang malam. ni semua akibat makan aiskrim lah ni. ubat batuk cap ibu dan anak pun tak jalan lagi dah, ubat hospital pun sama..apa pun bila bangun pagi je sarapan dulu dengan madu campur limau nipis.lega lah sikit...sikit je lah..


bila dah menyemput-nyemput macam ni, teringat kisah masa zaman kerja di jb dulu. selalu sangat kene semput. puncanya batuk berkahak terus semput dada seminggu dua.


besok nak ke klinik.biasalah saya ni memang rajin berjumpa doktor. 
rajin sangat..hehehe




cute kan?
bila ya kita dapat macam ni
:)

Sunday, February 26, 2012

diet tak sihat saya..

duduk rumah mak ingat dapat lah kurangkan berat badan..emm rasanya makin tembam kot? punya lah comel.seminggu cadangnya nak duduk kampong. jumaat nanti baru balik ke kuantan. tak boleh lama-lama kesian kat suami. nanti time makan lah part paling teringat kat dia. sebab suami sy suka makan. makanan tak sedap pun dia kata sedap sangat sayang!


bukan part makan je. kain bajunya nanti macamana lah agaknya nanti. sebelum ni saya dah pesan,lepas pakai baju tu terus je masuk dalam bakul tepi bilik air..jangan sangkut atau letak atas sofa nanti penat saya nak kumpul baju kotor satu rumah.ni dia pergi camping dalam hutan. baju kotor tu nanti saya risau betul kalau dia tak rendam atau basuh bersih-bersih..maklum la saya cerewet kalau bab basuh baju ni..no-no-no...


hari ni saya borong dua bekas aiskrim.perisa keladi dan coklat. saja nak makan masa senggang..tengok tv ke..sebelum tidur tengahari ke..sarapan ke..hehehe, kagumkan? saya suka makan benda sejuk waktu pagi sebenarnya..sama mampu makan jeruk sejuk-sejuk atau aiskrim seawal pukul 6.30pagi. dulu masa saya duduk Perling. saya keluar rumah awal untuk bekerja . keluar rumah je saya singgah di Petronas dan beli oren twister. rasanya oren twister tu mampu hilangkan loya tekak waktu pagi kot?? jeruk pun sama..roti pun..asam pun..





sekarang?
saya dah lama tak usik coca cola atau sebarang air bergas.twister pon..jeruk? dah kurangkan. saya tak suka makan benda yang ada serbuk perasa. memasak pun saya jarang ambil serbuk perasa. cukup lah tumis bawang sabagai penyedap rasa. sebarang pes pun saya dah lama tak usik. cuka..sardin..itu..ini..bla-bla..bla..arggh, takutnya nak makan tu semua. sebenarnya saya gagal dalam diet pemakanan yang sihat :(
macamana nak conceive kan....




sekarang ni saya kemaruk dengan aiskrim.sedangkan sebelum ni saya tak kisah pun kalau tak ada dalam rumah.eemm.....habislah :(






dahlia :: baru tahu orang nak mengandung tak boleh makan jambu batu.lah!sedangkan itu kegemaran saya..dan selalu sangat makan.





Saturday, February 25, 2012

tapai pulut

balik kampung..
sampai rumah mak terus bukak peti sejuk.mencari air sejuk.cuaca panas lah.! kebetulan tengah lapar sebab sepanjang perjalanan tak makan apa pun.


eh, banyak nye makanan.budak-budak ni tak makan ke makanan dalam peti sejuk ni semua?eh..eh, ada tapai.ermmm!muah hahaha.sedap-sedap.ambil sudu terus nyam-nyam tanpa fikir yang diri ini tengah mencuba.


sumber : makcik google
gambar tapai tadi tak ade,selamat dah saya makan.habis!

mak kata, jangan makan tapai.bahaya.lepas tu saya kata, kalau mak tak bagi akak makan.. mak kene habiskan semua tapai tu. sebelum mak saya ambil kasi habis. saya sempat makan 2 bungkus. kali terakhir lah dalam hidup saya lepas ni kot.

kat kampung saya ni, kalau ada kenduri kendara terutama ada majlis nikah kawen..mesti nak buat tapai pulut. masa majlis perkahwinan kami pun ada tapai pulut. tapi masa tu saya tak sempat nak makan satu pun.sebab busy...

tapi bila ada kenduri kat rumah orang lain, saya lah pelahap tapai. kalau tapai dia sedap dan manis lagi saya sukaaaa.makan sampai tak hingat dunia tau.nikmat sangat!

lepas ni mak saya dah tak nak simpan tapai kat rumah lagi dah. takut nanti saya jumpa dah terus tak boleh nak buat apa.heeee

dan duduk jb baru sy tahu rasa tapai ubi.tapi tak berapa gemar.suka tapai pulut lagi :)

dahlia :: nak ajak mak jalan-jalan sekitar kampong sambil hirup udara segar...


Friday, February 24, 2012

jumaat lagi..

jumaat.
sayang jumaat..
maaf saya memang tak pernah ada tajuk khusus untuk setiap entri saya. saya tak pandai buat tajuk. sebab banyak sangat cerita sampai terbabas dari tajuk.selalu dah macam tu. :)


pagi tadi suami dah bertolak ke Temerloh. kesian dia, hajat hati tak nak pergi sebab kesian kat isterinya yang penakut ni tinggal sorang-sorang kat rumah. endak tak endak isterinya ambil keputusan..nak balik kampung lah abi! nak round the world dengan mak. mak dah berhajat nak shooping lagi kat Nilai..makan-makan kat umbai melaka..hehehe..sodap-sodap!


semalam masak apa pun tak tahu. bukak peti sejuk ada ikan bawal. mertua mintak buat kari bawal campur bendi. hah, buat lah tanpa fikir serbuk kari ikan tinggal seco'et je! santan pun seco'et jugak!hah, ambik ko terus jadi tak sedap. entah rasa apa pun tak tahu. sampai tak tahu nak kategorikan apa masakan hari ni.  boleh pulak sy terlajak letak air asam jawa. rasa nak meraung dalam dapur. taubat berpeluh-peluh nak kasi rasa seimbang balik. tengok jam dah pukul 12.35tgh..kejap lagi suami nak balik makan.uwaaa!!tolong-tolong!


eh nampak pulak ada susu cair. hah, letak je lah sikit.alhamdulillah. masa suami balik sebelum dia masuk rumah dah cakap siap-siap gulai hari ni tak sedap langsung. minta maaf bagai lah! kalau rasa dia teruk jangan marah semua lah! tapi bila dia makan alhamdulillah, walau kari ku tak jadi dan rasa masam ala-ala asam pedas tapi boleh dimakan. sedap pulak bila dah makan dengan nasi.huhuhu!..


pengajarannya,lepas ni kalau nak masak kene tengok bahan-bahan kat dapur dulu. kalau cukup baru boleh masak. kalau tak pandai tu banyakkan meng'google laa.  :)


kari ikan campur bendi


ikan kerisi goreng

sayur kobis goreng

eh, ini sarapan saya pagi semalam.
isy-isy-isy....

semalam.
kita cuba lah lagi
=)

okey lah. nak siap-siap kemas rumah. kejap lagi nak balik kampong ni.
muah! rindu abi   =(

dahlia :: upt ni kalau terkene air dia jadi positif pulak eh. bila kering langsung tak ada. suspen saje!hahaha



Thursday, February 23, 2012

aiskrim roti

khamis!!
maaf ye kawan-kawan. semalam panas sangat kat kuantan sampai termakan pulak aiskrim roti ni.ermm, perisa keladi yang nyummy! roti dia pun gebu sangat.sweet! semuanya dah ada dalam peti sejuk, asyik pandang saja.puas menahan tapi tergoda sudah.kikiki..


semalam tak sempat nak ke watsons sebab mertua datang rumah. bila malam je suami nak tengok malaysia vs japan pulak. hari ni lah kot. lagi pun sy nak balik kampung minggu ni..sebab suami tak ada kat rumah untuk beberapa hari. apa pun terima kasih ye kakak ku semua...

semalam ada yang tanya saya orang mana.okey, saya asal dari negeri sembilan. sekarang ni duduk kuantan, mengikut suami yang kerja kat sini. tapi sebelum tu saya bekerja di JB selama 2thn lebih.

kawan saya si saidatul akma..suruh saya ambil biodex.eh, okey ke?pergi klinik pun doktor suruh buat rawatan di klinik pakar. saya ni takut  & seram nak makan ubat-ubatan moden ni. sebab saya takut kesan sampinganya. sekarang ni pun berat badan saya dah naik 70kg, tembam dan gebu saja. nasib la saya ni tinggi jugak orangnya jadi tak berapa nampak sangat ketembamannya. lagi pun saya tak ada rezeki lebih lagi nak jumpa doktor pakar.eem, kesian kan :(

ada seorang kawan saya ni. dia dah kawen 3-4tahun pun belum ada rezeki. baru-baru ni dia ada buat operation sebab ada cyst ovary. sekarang ni dia masih buat rawatan dengan pakar untuk usaha ada anak. kesian dia.muda lagi, sebaya dengan saya si ayu tu. tak apalah dia suami/isteri bekerja. duit yang mereka dapat tu boleh tampung kos rawatan untuk ayu. baru-baru ni mereka suami isteri bercuti ke cameron highland dengan harapan ada rezeki masa bercuti tu.sy harap ayu ada rezeki..

kalau saya,rasanya tak apalah kot. biar saya usaha cara tradisional dan secara semulajadi je dulu. saya berkahwin pun baru 1thn 4bulan. usia pun muda, muda tak muda tahun ni 24thun dah saya (eeerm, pecah rahsia huhuhu..).


mintak maaf....mintak maaf..


dahlia : semalam saya tunjuk album gambar kak lind johari (ttc tegar) yang dapat kembar 3 pada suami. suka betul dia tengok gelagat 3r tu..


Wednesday, February 22, 2012

hep-hep horey!

salam.


semalam cakap dengan hubby dah cd43. minggu depan entah turun period atau tidak. jumaat ni dia ada program kerja kat Temerloh, naik gunung. siap tunjuk surat arahan okey.maka tinggal lah mak nenek ni sensorang kat rumah. mertua offer duduk rumahnya dulu..tapi terasa nak balik Batu Kikir pulak. sebab hubby tak ada ni tak apalah kalau rasa nak pergi mana-mana. masa ni lah nak balik kampung kan. tengok lah macamana. rasa nak jumpa kawan-kawan, nak hightea dengan depa.


yang itu tak apalah, hari ni rasa nak beli upt. tapi semalam hubby tak bagi beli lagi. tak tahu lah dia tu, baru belanja upt 2-3kali dah kata 'sokmo' nak beli. membazir katanya. betullah tu. benda tu memang mahal. tapi dia tak tahu, dulu masa duduk JB selagi tak period selagi tu lah membeli. semingu kadang-kadang sampai 2-3 kali mengulang ke watsons. agaknya budak kerja watson pun dah perasan muka.haah, watsons je sebab ada upt murah. sekarang ni harga dia RM5 je satu.kebetulan aku ada members card...


sumber :: google
haa, aku suka sangat beli yang ini.

eh, kalau ingat balik. mengikut pengalaman sekejap dulu tak ada rasa nak buat upt pun.walau pun masa tu dah rasa macam nak period/ tanda-tanda megandung. hati kata nak period je. sebab asyik sakit perut dan pinggang semacam je pulak. tak tergerak hati langsung nak buat urin test.mybe sebab masa tu dah kecewa sangat dan tak ada pengalaman langsung merasa tanda-tanda mengandung..umm, rupa dah 6minggu. lorh..

bila tak mengandung. pulun lah beli banyak-banyak upt. sampai satu masa rasa membazir sangat-sangat! bila dah buat tu tenung lama-lama kat test pad tu. ya allah, cepat lah naik double line. hah, sampai macam tu sekali.

..

pagi tadi masa suami siap-siap nak pergi kerja..aku minta izin lah nak keluar ke kedai. tapi tak cakap pun nak beli apa.

aku : abi, nanti kedai dah bukak ayang nak keluar jap tau.
suami : pergi klinik je sayang. tanya doktor.
aku :(dalam hati) ni dah kenapa nak klinik-klinik ni...klinik buat apa b?
suami : pergi check tu lah. tak payah beli-beli.kata je kat doktor, ayg tak turun period.
aku : lorhhh..ayang nak pergi kedai runcit MAZ lah. nak beli serai, santan. hari ni nak buat gulai ayam masak lemak cili padi!adeh suami ku..
suami : muah-muah..

rasa tak tahu lah, entah-entah menyimpang ke watson dulu kot. baru ke kedai runcit beli serai.huhu. dah 3hari ni nenek suami aku duduk sekali dengan kiteorang. kesian pulak kat nenek sebab makan tak berkuah. almaklum kiteorang ni diet. tak makan benda bersantan sangat. cukup sayur campur dengan goreng ikan pun dah sodap.hehehe..

okey lah. nak sidai baju.nak mengemas rumah ni...
tata..

Tuesday, February 21, 2012

CD43.

pagi..
wah, sejak akhir-akhir ni mata asyik nak mengantuk saja. entah apalah yang mengantuk sangat kan. hari ni dah cd43 tapi tak ada langsung tanda nak turun period. tak ada langsung! kecewa sangat. tak kan nak makan ubat turun period lagi. nak ajar tiap bulan pun tak elok jugak. rasa nak tunggu dia turun normal.erm...teruknya kalau tiap bulan macam ni. kenapa lah masa anak dara dulu tak macam ni kan?? :(

tak pe lah. jom kita layan gambaq nak...

ini serbuk debunga kurma.
syukurlah tak ada apa-apa alahan dengan serbuk ni.
suami pun okey je. kami buat air campur dgn madu manuka.


 periuk kukus ni hadiah dari kawan-kawan office perancang.
terima kasih. aku dah guna dah.
buat kukus ikan :)

semalam buat sayur campur.


semalam jugak aku buat karipap sardin pertama ku
pagi tadi gorengkan untuk suami.
boleh la. inti dia sedap.daging sardin besar2.


                              dan ini tuan blog yang tak nak kalah.
(sila abaikan bilik yang berselerak.ini stor)

tata..

Sunday, February 19, 2012

serbuk debunga kurma

salam semua.


baru balik dari rumah mertua ni.aktiviti hujung minggu adalah bertandang ke rumah mertua..sebab bila weekd je mertua masak sedap-sedap. kalau tak balik  melepas la aku merasa masakan emas MIL aku yang debom tu.


hari ni dapat serbuk debunga kurma dari MIL. tetiba aja dia teringat kat sebotol kecil serbuk debunga kurma tu. itu pun MIL dah lupa letak kat mana. punyalah lama dia pergi umrah baru sekarang teringat kat debunga tu. nasib jumpa setelah diselongkar dlm almari. syukur sangat! alhamdulillah...


katanya, dulu tak ambil kisah sangat pasal buah zuriat..serbuk debunga kurma ni.sebab masa nak buat umrah tu, pak & mak mertua aku ni niatnya satu je. nak menunaikan umrah, buat amal ibadah.itu saja..


dan sekarang ni dua menantunya masih belum ada rezeki. aku dan biras (isteri abang ipar)..kami pernah mengandung selang 2bulan tapi gugur. belum ada rezeki kami agaknya..


haiyh, malam ni nak cuba lah sikit.  bagi tak terkejut badan.hehehe..boleh makan kan? walau pun belum period. kita cuba dulu lah, sebab ada yg makan terus dapat alahan debunga tu. erm, takut jugak ni. sebab aku ada resdung dan semput.mintak-mintak tak ada apa-apa lah kan...


apa pun, tahun ni aku kene usaha kuat. sebab dah tak ada benda yang menghalang. dulu PJJ banyak halangan. sekarang ni diri ku hanya untuk suami. siang malam hanya untuk dia.apa lagi.....


dahlia :: usaha dan berdoalah. buat solat sunat dhuha,solat hajat dan solat taubat. insyaallah, Allah sentiasa rindu suara kita merayu, merintih,meminta dengan NYA...











Friday, February 17, 2012

facebook saya!

salam semua..


malam ni kepanasan tahap dewa! tanya suami, dia panas tak? dia kata rileks je. tapi saya sampai lembap-lembap baju. 2kali dah tukar baju tidur.kemain panas. tak tahu lah sebab apa..ter'sok-sek-sok-sek selsema. nak masak mkn malam pun cam nak nangis.panasnya dapur!!mungkin baru lepas makan ubat tak?..tak? tak? tak..hehehe..


malam ni tergerak hati nak share akaun facebook dengan kawan-kawan ttc dan sekeliannya.boleh ke?..add lah saya jika sudi. terbatas pulak rasanya nak berkongsi rasa dan bla-bla kat blog ni. ye dak??


add lah saya, Aida Hashim (kuantan). tapi masa add tu sila nyatakan siapa anda.kata je kenal dari blog atau kawan-kawan ttc.. okey terus terima.....


sekarang saya menggunakan gambar profile ini.
bersesuaian dengan mood dan perasaan.kikiki :)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

kalau mood saya baik.
mungkin saya guna gambar profile ini


atau


atau


atau

ini gambar profile penyelamat.
huhuhu

berurut.

salam semua!


dah okey. siap masak-masak lagi hari ni. bukan masak-masak je, siap berkemas bagi. habis satu rumah ni aku hangkat. mop sana sini. terbang sana sini. ganti cuti tersandar semalam lah!hehehe..


sekarang dah cd yang ke39. semalam suami ajak berurut. dia pun dah terlebih-lebih pulak sekarang ni. sejak kawan-kawan office dia mengandung secara berjemaah ni, dia ada rasa 'sesuatu' pulak.."tak boleh jadi ni yang, kita kene usaha lebih ni"..


tapi sekarang ni dah cd39. boleh ke ber'urut? aku tolak ajakan dia nak pergi ber'urut. kene tunggu period lah sayang baru boleh urut-urut. ye dak?


dua bulan lepas aku ada berurut dengan sorang makcik ni kat Kulai. berurut masa period. bestnya dia urut. bulan depanya period datang ontime. dengan bantuan EPO..yuhuu!


tapi bulan lepas tak sempat nak urut. sebab sibuk nak pindah rumah. dah, bulan ni tak period pulak. EPO tak makan dah. bulan ni langsung tak makan apa-apa supplement. ber'baby dance je lah usaha nya!..hehehe


tadi ada baca blok kak qaseh johanna pasal pati delima. eh ehh, rasa nak beli jugak lah. kat kuantan ada jual kat mana ye? sape tahu?? dah lah hari tu suami janji nak belikan susu kambing..asyik terlupa aje die.


dahlia :: haih, lepas ni suami nak kerja jauh pulak. harap-harap tak mengganggu lah usaha ttc aku ni... :)





ini lah percaturan hidup..

salam semua..

terima kasih semua sebab sudi comment. comment anda semua menenangkan saya. supaya saya kuat, sekuat-kuatnya! tak terbalas rasanya baik budi akak-akak sekalian.tenang hati berkongsi rasa dengan anda semua. kami baca sama-sama kerana nasihat dan ucapan anda semua kekuatan buat kami.

suami dah tidur. lepas saya bagi makan ubat demam tadi dia terus solat selepas itu minta saya urutkan kepala. kepala dia sakit, strees sangat katanya. saya urut bahu dan kepala sampai dia tertidur. bila tengok dia lena saya rasa sedih sangat.tidur dengan muka penuh masalah. kenapalah semua ni terjadi. lepas satu-satu dugaan datang menguji. dugaan tu boleh lagi ditempuhi tapi rasa terkilan tu yang buat saya rasa teruk sangat!


salah saya ke? tapi semua dah berlaku. terlajak semua dah. ini lah percaturan hidup. hidup ni kalau buat main pun tak apa rasanya,semua akan mati jugak. tapi tak boleh cakap macam tu, sah-sah tak berjaya dalam hidup. insyaallah saya akan terus berjuang untuk kehidupan kami moga kuat lah saya lepas ni..
tolong.............

tak tahu nak cakap. kesalahan apalah yang saya buat, saya betul-betul diuji. tak pernah rasa terduduk macam ni. rasa tertekan macam ni, rasa down macam ni. siang malam sentiasa memikirkan masa depan selepas ini. apa akan terjadi pada minggu hadapan. perginya suami, kemana pula saya selepas ini? apa saya nak buat? 


tapi suami menenangkan saya, supaya bersabar. saya tahu dia lebih teruji.apatah lagi bakal berjauhan dengan isteri dan keluarga. meninggalkan saya untuk saya belajar berdikari semula disini. dia pula bakal meneruskan hidup ditempat baru tanpa sesiapa.

saya harap ada sinar kebahagian yang sebenar dalam hidup kami selepas ini. dulu kami diuji dalam kesenangan dan sekarang kami diuji dalam kesusahan pula. semoga kami kuat.kuat dan kuat!

"Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang harus untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah"

wahai suami, 
minta ku jangan pernah lupa pada Allah swt walau sesaat masa, setitis air mata mu dan sekelap tidur mu...
 berdoalah sayang,berdoalah...
ayang sayang abi..


dahlia :: upt negatif. terus makan ubat demam dan ubat batuk. sekarang demam dah okey. suami pulak sambung...

Thursday, February 16, 2012

dhuha..

salam semua.


dah khamis kita ya? sejak suami dapat surat arahan semalam, tidur malam tak lena. hari ni terus tak dapat nak bangkit tidur. terlalu memikirkan sampaikan suhu badan naik mencanak. demam semula. apa nak buat. sayang sungguh Allah swt kepada kami, saat kami tak sihat ni dapat pulak berita yang kalau boleh tak nak dengar langsung! rasanya hari ni pemikiran aku lebih baik dari semalam. semalam down betul. berdenyut-denyut kepala kami laki bini. macamana nanti yaa...


sejak aku berhenti kerja ni masa aku banyak dirumah. jarang keluar rumah nak melilau tak tentu hala. mungkin atas faktor duit jugak kot. ada duit keluar,tak ada duit duduk rumah.se'sen pun tak keluar kan?...


hari ni aku nak share pasal solat dhuha. dulu tak tak kenal solat dhuha nak buat apatah lagi. tapi sejak berhenti kerja ni aku ada masa lebih kat rumah. alhamdulillah, baru nak belajar. mertua aku pun selalu pesan buat lah solat dhuha. solat membuka rezeki . dulu aku endah tak endah je. tapi sekarang ada masa lebih ni aku belajar. senang saja solatnya. doa dia pun buat aku menangis teresak-esak.. mula-mula nak menghafal susah jugak tapi aku belajar kat youtube "unic -doa dhuha.mudah je hafal. cuba lah buat, mana tahu berkat doa dhuha ni Allah swt permudahkan rezeki kita :)






Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.



dahlia :: nak pergi klinik hari ni...

Wednesday, February 15, 2012

kenapa aku lagi?

salam semua.


entah lah. makin dekat aku dengan DIA makin aku diuji.


hari ni suami pulang dari pejabat dengan muka yang aku tak suka tengok. tak happy. belum masuk rumah dah cakap ada masalah besar. apa dia? tapi tak  nak bagi tahu pulak. tak apalah kalau tak nak bagi tahu lagi. aku pun terus ke dapur sebab tengah masak meehun goreng. malas lah nak layan orang yang suka nak main perasaan petang-petang ni kan.


sambil gaul-gaul mee, hati ni rasa tak sedap! eh, apa yang besar sangat tu?..tinggalkan meehun terus dapatkan suami kat depan yang dah tersandar dengan muka kelat.muka masalah.
terus dia tunjukkan surat atas meja. bila baca, ya.............terus air mata jatuh. sedih sungguh hati aku. tak sanggup dah..tak sanggup dah abi!


sedih sangat aku hari ni. terus suami ajak pergi tengok baby k.amalina..lepas tengok baby comel tu, suami terus bawak pergi jalan-jalan sekitar bandar untuk tenangkan hati. tapi makin lama-makin sempit pulak dada. nak semput balik aku ni. terus ajak suami balik rumah.sampai rumah terus selongkar ubat semput.ya allah.....


malam ni tak tahu lah macamana nk tidur.hiba betul hati ni. doa ku penuh tangisan.penuh air mata, penuh sesal.kenapa aku lagi...?


insyaallah,ada jalannya.mesti ada!


mohon, aku tidak ditinggalkan lagi.

dahlia :: tadi dah lewat sangat nak ke watsons. suami nak belanja beli upt.






Tuesday, February 14, 2012

kita tak sihat lagi (cd37)

salam selasa!


hari ni saya cuti masak boleh tak bos.. 
cuti basuh baju,
cuti kemas rumah
boleh lah ye..




badan saya tak sedap, tekak saya loya,payau,pahit,perit. saya batuk berkahak, dada saya sempit. subuh pun saya nyaris terbabas,berat betul kepala saya pagi tadi. masa mandi saya termuntah-muntah, penat sungguh! setengah jam saya bergenang air mata dalam bilik air, peritnya..






tapi saya sempat buatkan bos jemput-jemput kentang kegemaran bos dengan muka yang merah dan mata berair. lepas pekena ubat selsema dan madu+limau (untuk batuk) sekarang ni saya ambil mood nak sambung tidur balik.


maaf ye sayang kalau balik tengahari ni saya masih diatas katil lagi.saya betul-betul tak sihat :(





dahlia :: tak mengandung lah. musim tak sihat ni. berjangkit dengan suami :(

Monday, February 13, 2012

agar-agar laici susu

erm, lepas hajat nak makan agar-agar laici susu


suami ku tak balik makan tengahari hari ni. so aku makan dulu dan selamat merasmikan agar-agar laici susu yang dibuat pagi tadi.cara nak buat search je kat google.lepas tu buat bandingan, dah puas buat bandingan resepi.. baru kita jalankan projek.hehehe...

erm, ini bukan mengidam ya..walau pun period dah lewat seminggu 
(seminggu baru..) ini adalah kerana tuntutan anak tekak yang mengada sejak jadi surirumah ni. semua benda dia nak makan dan nak masak. bukan ape, seronok tengok suami makan sebenarnya..(ayat cover hekhekhek!)

tadi buat seperiuk. letak dalam bekas loyang dan dalam cawan kecil-kecil. cawan kecik-kecik ni nak makan masa depan tv. senang tak meleleh atau xpayah nak potong.ini konsep untuk orang nak senang n nak cepat.



dahlia :: projek yang menanti lepas ini adalah, puding jagung :)

surirumah cakap-cakap

morning!!


kerja ke?hehehe,kerja lah rajin-rajin. aku tak kerja, duduk rumah je jadi surirumah tangga. ngantuknya,sebelum subuh dah bangun tidur walau pun malam tadi tak lena tidur sebab suami demam. kejap-kejap dia mengigau.kejap-kejap tarik selimat. bila dia terjaga tu aku tepuk-tepuk je biar dia lena. tak apa tak cukup tidur asalkan dia sihat besoknya.uwaa,ngantuk ni. hari ni suami nak jugak kerja sebab ada buat urin test kat HTAA. bila dia dah g kerja tadi, aku pun siap keluar g joging.erm, badan tidak lah sihat mana tapi semangat tu penting kan.


semalam call mak, saja tanya hari ni dia masak apa? sebab semalam aku masak lemak cili padi ikan tenggiri campur sayur maman. beli hari jumaat hari tu lah, masa jalan-jalan dengan suami kat pasar malam Taman impian nun. bila ternampak sayur maman tu terus teringat emak, sebab ini kegemaran dia. eh, nak beli lah. suami kata dia tak pernah rasa gulai ikan campur sayur maman ni.okey aku pun buat.


bila berbual tu, rasanya konflik antara kami pasal keputusan aku berhenti kerja tu dah okey kot.seronok emak bercerita termasuk lah pasal sayur kegemaran dia tu, sayur maman.  berbual pasal pasar tani kat kampung yang masuk surat kabor..pasar tani mahal&cekik darah katanya. harga seikat kangkung kampung sampai mencecah rm2.0..kat sini baru rm1.0.murah kan. cerita pasal terung,bendi,ikan tenggiri, daging,roti..


....terus masuk cerita pasal barang perabot terpakai. kejutan budaya anaknya ni, sebab tak pernah rasa pakai barang terpakai.hehehe..teruknya aku. barang terpakai pun dapat jugak aku rasa tidur dengan katil Ikea yang tak berbunyi hok-hek-hok-hek. tilam kingkoil tebal 5inci..almari jati 4pintu!..


tidak mewah tetapi sederhana. cukup makan pun kira okey. tak perlu lawa-lawa sebab kita tak mampu. berdoa sajalah semoga hati ni tenang. almaklum, orang dah biasa pegang duit sendiri tetiba tak ada sumber pendapatan dia jadi tekanan.eh, tapi aku okey. faham sangat keadaan sekarang ni. tu sebab biarlah aku yang sakit,jangan suami yang sakit. kalau dia sakit sapa nak cari duit. nak harap aku, tentulah aku ni malas dah nak kerja. :)


suami tak kisah kalau aku nak kerja atau tidak. kalau kerja dapat pegang duit sendiri. dapat beli macam-macam tapi kalau tak kerja agak terbatas sikit. apa yang diberi itu lah yang dapat.rasanya tak apalah, aku nak jadi surirumah je buat masa terdekat ni. cita-cita yang aku idamkan sejak aku bekerja dulu hingga tiada masa untuk keluarga. sekarang ni aku hanya menikmati betapa seronoknya menguruskan keluarga sendiri.hehehehe..(org yg pjj jangan jeles eh)


sekarang ni fokus betul-betul untuk ada anak pulak. dulu alasan sebab duduk asing so susah nak melekat. jadi sekarang ni dah duduk sebumbung, tak ada alasan lagi dah. tak sabar rasanya nak ada anak sendiri, boleh jaga sendiri.tengok pembesaran dia dari awal sampai lah dia besar nanti.


oh anak ku, mana kamu ni. siang malam ibu&abi doa semoga kamu cepat datang dalam hidup kami :)


dahlia :: donut tak dapat makan lagi. hari ni ada keinginan baru iaitu nak buat agar-agar laici.ee,bestnya! 


tata, nak g kedai...

Saturday, February 11, 2012

let's party..!


u know what, i dah lama tak berparty.last party pun 2 tahun lepas mybe..
masa tu bujang lagi. party paling menyampah i pernah pergi adalah party tupperware.haha!
i masih ingat, masa tu zaman si makcik lady gaga tengah top.
keluar je lagu makcik lady gaga tu, siap la bergegar gegendang telinga i.
 dan banyak sangat minum coke.
haa, ini lah akibatnya! susah nak lekat.
ergggghhh!

malam minggu ni. 
malam melepak dan hurey-hurey dengan kawan-kawan
tapi malam ni lepak & party dengan hubby je kat rumah
huahuwahuwa


songs :: alexandra stan - mr.saxo beat!!


dahlia : kalau nak kurus. menari lah lagu disco. hentam je nak joget macamana pun janji berpeluh.tak ada siapa kisah  :P

sembang sabtu :)

salam sabtu.
hari ni suami tak ada kat rumah, ada kerja kat office..so ada can la aku nak main komputer lama-lama sambil jalan-jalan ke blog kawan-kawan.jalan secara senyap-senyap je. kerja rumah semua dah siap, tunggu nak masak je pukul 12tgh kang baru lah boleh mula. sekarang ni masa nak rehat-rehat :)


hari ni masih tidak menunjukkan nak turun paeriod atau 'apa-apa'..tahap kesihatan badan pulak macam tu jugak. masih batuk kahak dan semput.mungkin sebab aku tidur dalam keadaan sejuk kot. sebab suami malam-malam tidur mesti nak bukak kipas laju-laju.sampai semput dada bila bangun pagi. ya allah, dugaan apakah ini :(


rasanya lepas ni aku tak sanggup nak makan ubat turun period lagi kot, kecuali lah kalau dah 2bulan lebih tak datang bulan.tak sanggup pulak rasanya nak menyiksa badan dengan makan benda tajam-tajam ni. biarlah dia turun secara semulajadi..


macam bulan lepas dia buat kejutan. turun period tepat pada cd35.wahh, seronok sampai senyum sampai ke telinga. ini semua gara-gara amalkan EPO secara konsisten. tapi bulan ni dah tak makan EPO sebab badan naik mendadak oo. tak larat rasanya menanggung rasa lapar yang berpanjangan.hehehehe..


perasaan nak buat rawatan kesuburan tu belum ada lagi. sekarang ni usia perkahwinan pun baru 1tahun 4bulan. nak buat rawatan pun belum ada rezeki lebih lagi rasanya.  tak mampu lah kami nak buat rawatan yang mahal-mahal tu. orang susah macam kami ni usaha tenaga je lah. minum susu kambing ke..makan buah kurma ke..babydance 3kali sehari ke.kikiki!!tapi kalau ada rezeki yang lebih, tentulah kami nak ke hospital untuk dapatkan rawatan dari pakar.


apa pun tawakal saja lah. doa siang malam. dulu beriya nak duduk sama, duduk sebumbung. lani dah termakbul walau salah seorang terpaksa beralah lepaskan kerjaya tetap sebagai penjawat awam.dan sekarang ni usaha nak anak pulak.kene usaha kuat!




dahlia :: rindu pulak dengan johore bahru.semalam teringin nak makan donut J.Co yang kat city square tu. tapi kat kuantan tak ada. so nak ubat rasa rindu, suami bawak jalan-jalan kat pasar malam je.senyap sekejap.hehehe

J.co Donut
nak sampai rasa nak menangis!

kongsi-kongsi amalan..

~ Petua Supaya Mudah Mengandung ~

Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.

* Harap di share kan dengan kawan-kawan lain yang ada masalah susah mengandung yer. Moga ada manfaatnya. 



......................


di'copy dari facebook. my kawan dari Perlis suruh try mana tahu ada rezeki kan. aku tak pernah buat lagi amalan ni.tapi tadi dah cakap dengan suami, nanti dia balik dari kerja ni dia belikan susu. tapi kalau gantikan dengan susu hi goat tu boleh tak eh???


2 hari lepas..
office mate suami telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan
comel sama macam ibu dia :)

Thursday, February 9, 2012

cd32

salam semua..


hari ni dah cd32. tiada sebarang tanda nak double line. cuma seminggu dua ni badan tak sihat lah. tak tahu lah kenapa.lepas satu-satu sakit datang. 


mula hari tu demam nak pindah rumah. lepas elok demam kene sakit pinggang dan sakit belakang.ada lah seminggu kot.lepas tu kene kencing kotor.


sekarang ni kencing kotor dah baik. kene sakit tekak,sampai tak ada suara pulak. batuk sikit-sikit.hummm..


pagi tadi joging.dapat round satu tasik je nak teruskan round yang seterusnya dah tak larat. dada dah rasa semput dan batuk nak mai pulak.


balik rumah terus tersandar!pergh, lama betul tak bersenam.kesian makcik..
hari ni je dua kali makan nasi.kerja banyak nak buat tapi malas tu lebih dari segalanya. maka kerjanya nak ke dapur saja lah..makan-makan-makan! hubby pun merungut, sebab asyik masak dan makan saja kerjanya!


upt dah buat semalam.tapi negetif. tu yang bergasak berjoging bagai tue...

apa perasaan bila suami kata kita gemuk?

hello!sentap okey!!
.............


salam khamis. huh, penatnya baru balik dari joging ni. gigih sungguh aku bangun pagi ni semata-mata nak bersenam dan mengeluarkan peluh. bangun je pagi tadi terus mandi dan solat subuh lepas tu siapkan sarapan hubby lepas siap dia sarapan aku pun siap nak g joging.fuh, gigihnya makcik ni.walau pun tengah tak sihat (selsema,batuk)


ini semua sebab terguris dengan kata-kata suami 'abi tak suka orang gemuk'..dia nak aku yang macam kali pertama kali kami jumpa dulu!! lah, semalam kami pergi jalan-jalan kat taman tasik kat depan office dia tu. joging tu tidak la, jalan-jalan je....sambil jalan tu dia sibuk nak mengutuk badan aku yang gedempol sana-sini.sedih sangat.aku rasa nak tolak je hubby dalam tasik tu.biar padan muka dia. tapi tak apa lah, nanti jadi isteri derhaka..paling tidak pun keluar kat paper pulak nanti 'angkara dikutuk gemuk, isteri tolak suami dalam tasik'..camtu! nak ke??...



walau pun terguris dan sedih tapi aku senyum je. apa nak buat, dah setahun kawen. mana ada masa nak jaga badan. dulu kerja, keluar gelap balik pun gelap. mana nak jumpa trek joging. orang ajak aku makan, aku makan. mana tak gemuk. tak ada masa lah nak pikir pasal badan selim-melim macam zaman anak dara dulu.kan?

sedap betul dia mengutuk. sampai aku rasa nak marah pulak. bila aku marah, dia kata  semua orang pempuan tak suka bila dikata gemuk.ehh, memang la! abis perut dia yang dah kedepan tu tak ape ke?tak gemuk la tu.omboi. tu lah lelaki, kata kat orang ikut sedap mulut je. hati bini ni sikit pun tak nak jaga.aku jugak yang kata dia hensem tiap hari.pastu g kerja hati bunga-bunga.



eh, bukan aku tak ikhlas.ikhlas tapi kenapa suami ni susah sangat nak memuji bininya. kalau bab bagi bini dengar ceramah pasal isteri solehah,isteri cantik,isteri cun,isteri taat kemain lagi..pastu perli-perli.suruh aku taat macam isteri rasulullah.isyh, kalau dia pun macam rasulullah untung aku! tiap hari kene puji,walau masakan aku terkurang garam.walau badan aku mengelebar sana sini tetap kata aku cun kan?..tapi apa kan daya.sabar saja lah..




okey. tak baik kutuk suami sendiri.kan dah berdosa. tak apalah, aku nak jadi isteri yang baik tutur katanya.walau perutnya dah kedepan tapi tetap aku kata hensem kat dia.setiap hari! tetap aku masak masakan yang sedap untuk dia. sediakan keperluannya. jaga makan dan minum.insyaallah...




pesanan untuk diri sendiri :: walau kita ni dah gemuk tidak semestinya kita tidak cantik. malah kulit kita makin gebu dan lembut gituew. walau kita dah gemuk tapi kita masih bertenaga nak uruskan hal rumahtangga.oh aida, bersabar lah kamu.




p/s :: aku akan buktikan aku akan cun macam zaman anak dara dulu.love.






zaman cinta cintuuun




1st dating  :)





sekarang!
hahahaha





Wednesday, February 8, 2012

duduk asing lepas kawin,berdoalah...

salam semua.


rasa seronok pulak hari ni.malam tadi tanya suami, besok nak nak pakai baju yang mana? sebab aku nak gosok. baju dia pun semua dah wangi-wangi sebab i letak pewangi downy.(semerbak baunya sampai jiran sebelah rumah tanya 'hye,adik u pakai sabun apa?wangi lah..!')ha, kesian pulak bila selongkar dia punya rak baju, la memang baju orang bujang sungguh. basuh baju tapi tak ada bau wangi langsung. bila pi kerja main pakai ja baju apa yang dia nampak. aku pulak nak emo pepagi tu kan..


alhamdulillah, dah seminggu duduk dengan hubby. seminggu yang penuh dengan sesi pembelajaran. pukul berapa  dia makan malam, sarapan pagi nak makan apa, malam nak makan apa. laki aku lani cerewet sikit pasal makan-makan ni. dia kan jaga badan. bodybuilder memang cam gitu, semua nak komplain. tapi aku tengok makan jugak tu..kesian suami ku, cukup bulan montel lah dia.haha..


lagi satu, dia ni mudah nak jaga. cuma bila dia dah biasa hidup bujang maka rumah ni pun dia buat macam rumah bujang. konsep asal boleh diterapkan nya.hah! tak dapatnya, bila dia tak ada tu memang aku ubah balik jadi konsep rumah orang dah kawen.uols, tak kan speaker radio buat meja tv!...sabar je lah.


.............
haih,
aku harap keputusan aku berenti kerja ni mendatangkan kebahagian kepada kepada kami. walau dalam serba kekurangan dan tak dapat nak mewah macam dulu lagi tapi kami mewah kasih sayang. hidup bahagia, tak ada masalah sorang sana-sorang sini lagi. baru lah rasa berkeluarga.syoknya.


suami pun senang hati. siang malam tak payah pikir keselamatan isterinya lagi, makan ke tidak, tidur malam okey ke tidak. lani semua dah depan mata. lapang dada bila balik kerja isteri menunggu dengan senyuman.bila masuk rumah siap ada minum petang lagi!..suka..




apa pun, sepanjang 1tahun 3bulan duduk asing ni adalah tempoh yang agak lama jugak bagi aku. antara kawan-kawan kami, kami lah yang PJJ paling lama dan jauh. habis je cuti kawen seminggu kami pun ubah haluan perjalanan. sorang ke pantai timur sorang ke selatan. masa nak berpisah lah waktu yang paling aku tak suka sepanjang waktu bergelar suami isteri ni. dah la jumpanya 2-3hari je lepas tu dah nak berpisah balik. lepas tu entah bila nak dapat jumpa balikkan.sepanjang 5-6jam masa perjalanan mohon keselamatan kami saja semoga selamat pergi dan selamat sampai...oh, bila ingat balik rasa tak mau dah jadi mcm tu.susahnya..


tapi bila dah merasa hidup pjj ni kita  ada banyak pengalaman dan cepat belajar. kita pun pandai berdikari kat tempat orang, belajar bawak diri, belajar mencintai, belajar lebih menghargai...cepat pandai sebenarnya orang yang PJJ ni.apa pun terpulang pada diri sendiri. kita yang mencorak kehidupan. sampai bila nak macam ni kan? berdoalah semoga kita diberi rezeki supaya dekat dengan suami/isteri, semoga kesalamatan siang dan malam kita terjamin, semoga kesetiaan kita tetap teguh, semoga cinta kita tetap yang satu..semoga semuanya selamat dan baik-baik.kan, tak apa..aku faham situasi korang :)




apa pun kami sekarang dah bebas dari tekanan dan tuntutan hidup yang sangat memaksa.sebenarnya kita yang menyeksa diri kita sendiri. beranilah untuk merubah hidup, kalau bukan kita siapa lagi? susah itu tidak apa, bukan selamanya kita susah..allah sentiasa mendengar doa kita yang  berani bertindak demi kehidupan ,rumah tangga dan orang yang kita sayang.maka, berdoalah....





p/s :: insyaallah, doakan rezeki anak pulak lepas ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...