Friday, April 10, 2015

alhamdulillah,selamat bersalin anak ke-2

Alhamdulillah.berakhir sudah penantian aku sebagai ibu mengandung.akhirnya selamat bersalin pada 3.4.15/ 7.18pagi.
Kisahnya macam ni..

38minggu
Disebabkan cuaca tak menentu panas hujan panas maka aku pun kena sakit tekak dan batuk.batuk teruk gak minggu tu.sampai terkencing-kencing. Masa tu memang kemana-mana siap dah pakai pad.badan pun memang rasa berat sangat.tak larat,dgn melayan aireel yang punyalah lasak.menangis umi kenkadang tu.huhuhu..

38minggu 1hari
Senja tu masa nak mandi perasan ada lendir coklat kt pentiliner.masa kencing pun perasan ada mcm darah period coklat2 keluar.tapi tak rasa sakit apa-apa.cuma pinggang rasa lenguh mcm nak period. Cakap dengan suami,ok xpa.tunggu sakit lah baru pi hospital.

Besoknya, keluar sikit darah coklat2 pun tak sakit lagi.lepas tu tak ada dah.....

38minggu 3hari
Pagi tu ada checkup kat KKIA.masa tu bagitahu doktor dah turun bloody show tapi tak sakit.doktor pun cek bukaan pintu.emm,dah bukak 2cm.doktor kata mybe sehari dua lagi baru bersalin.its ok balik rumah dulu.
Petang tu,aku balik rumah mak untuk 3 hari sebab suami ada kursus di Melaka. Ok,sepanjang 3hari kat rumah mak tak ada rasa sakit.sakit kepala melayan aireel ade lah,dok panjat turun naik meja.main air blablabla...hahaha

38minggu 5hari
Pagi tu aku n aireel bersiap nak ke rumah mertua. Mertua offer diri nak jaga aireel sepanjang aku berpantang nanti.sedih oi tapi nak buat mcmana.perjalanan ambil masa 1jam 30mnit lebih kurang dari rumah mak.bawak kereta slow je sebab xmo sakit tengah jalan.maklum lah dah keluar bloody show kan. Sampai rumah mertua perut memang rasa tak selesa.tapi tak tahu pulak nak jeniskan mcmana. Tunggu suami dari Melaka, kami pun balik ke rumah berdua tanpa aireel.sepanjang perjalanan rasa tak selesa tu masih ada.buat tak tahu jelah.belum sakit pun lagi. Sampai rumah rehat-rehat. Malam tu kami ber'BD.wahahaha...selusuh ajaib lagi semulajadi orang kata.

38minggu 6hari (esoknya)
Terjaga pagi tu rasa macam nak buang air besar.tapi kenapa sakit perut sekejap-sekejap.kejut suami g kerja,dia bangun bersiap semua dan g kerja kol8 pagi tu.lepas suami g kerja,aku pun masuk toilet. Bukak seluar dalam tengok ada darah.emm...buang air besar dan mandi.pun sakit lagi.eh,ini sakit contraction! Call suami kata dah turun tanda n sakit contraction.tapi tak nak pg hospital lagi.Cuma minta dia standby jelah. Letak je telipon aihhh makin tajam pulak sakit dia.erghhh,call balik suami minta hantar pergi hospital. Tak lama lepas tu kami pun keluar pi sarapan pagi dulu.lepas tu terus ke hospital.

Sampai hospital,buat ctg.sayangnya cuma ada 1contraction. Tapi aku dah bekerut-kerut muka.mungkin aku jenis tak tahan sakit.doktor cek bukaan baru 1cm.lorr...doktor pun tanya,nak masuk wad atau nak balik.emm,rasa nak balik je sebab rumah dekat.tapi mikirkan takut jadi apa-apa aku cakap nak masuk wad je.lagi pun kat wad tu cuma ada seorng pesakit.sunyi tak ada orang.

Sepanjang hari dalam wad memang tak ade langsung sakit contraction.cuma darah dan lendir tak berenti keluar.duduk saje makan+tidur je dalam wad.hahaha..doktor n nurse datang silih berganti diorg kata besok keluar wad lah kalo tak sakit.isyy,mcm menghalau lak kan?
Mak kat kampong pun asyik call,tak sakit lg ke...tak sakit lg ke..

Malam tu suami datang bawak makanan.aku makan banyak malam tu.sengaja. Walau tak rase langsung sakit contraction. Pukul11.30pm lebih kurang,aku pun tidur dengan senang hati.sesekali aku terjaga terasa baby mengeras.tapi teruskan tidur.sebab dalam kepala tak sabar nak tunggu siang.cadang nak pergi bejalan kat JJusco besoknye.

2.15pagi
Tengah sedap tidur tetiba rasa baby tendang dan ada bunyi pop. Tak sakit tapi terkejut.bangun tengok kain pink dah basah.turun katil selambak lagi air keluar.tak ada bau.sah ketuban pecah. Pergi cari nurse bagitau air ketuban pecah.buat ctg n cek bukaan baru 3cm.jauh lagi. Nurse suruh balik ke katil semula.emm,sampai katil terus aje rasa sakit.tak boleh nak duduk atau baring.dok berdiri jelah sambil tertonggeng tonggeng.arghhhh...contraction ohhh contraction.kenapa lah sakit sgt..hehehe...Masa ketuban pecah sempat lagi whatapp suami,bgtahu air ketuban dah pecah.minta maaf semua.dia kata nak datang,tapi boleh pulak aku tak bagi datang.padahal rumah-hospital dekat tak sampai pun 1km.masa tu aku pikir,dia penat baru balik kerja.tak apalah kalau sakit sensorang pun...

3.00pagi
Masuk labourroom.bukaan naik 5cm. Sakit tu biasa.terkencing-kencing atas katil.tak ada ubat,tak ada bantuan oxygen.semua manual. Perut,pinggang,peha rasa macam nak pecah. Tapi alhamdulillah dah pandai control pernafasan bila sakit datang.berzikir,beristifar,ingat allah je sepanjang sakit. Tapi ada gak sesekali terbabas sebut merapu apa lagi kena marah lah dgn nurse.huhuhu..huh,cakap mcm lah awak tu kuat sgt time bersalin. Tapi aku buat tak tahu je.lantak lah ko kak....

7.00pagi
Dah ada rasa nak meneran.sempat aku korek vagina masa tu rasa macam benda bulat dah nak keluar. Diorg cek bukaan dah full 10cm.alhamdulillah.masa tu tak sabar sangat nak meneran.Diorg kata,ok aida dah boleh teran. Tak sukar mana sebab ingat lagi teknik nak bersalinkan aireel dulu. Sakit tak terasa mana.teran teran teran....

7.18pagi
Alhamdulillah,keluar lah cahaya mata kedua kami.keluar sihat,cukup sifat,sempurna dan cantik orgnya.syukur ya allah...

Lepas baby keluar,uri pulak lekat.tarik-tarik tak nak keluar.bepeluh diorg mencuba,15minit jugak main tarik-tarik akhirnya keluar jugak.sempurna. dan jahit sikit.tak koyak banyak cuma kulit tu nurse kata pecah sikit.berkat tak angkat bontot kot....cehhh..

8.45pagi
Keluar labouroom.sampai sana org depan katil terkejut,eh dah bersalin ke? Malam tadi elok je gelak-gelak,makan bagai.tuptup siang hari keluar dah anak.heeee

Sampai katil terus call suami.tak angkat.pastu aku whatapp..'ba,tak nak qomat anak ke?'...itu je aku bagitahu.tak lama tu bertalu-talu whatapp masuk.surprise lah konon.

Walau suami tak teman dalam LR,pada aku tak apalah.tak pulak aku rasa sedih atau terkilan.aku tahu,suami aku tahu sakitya mcmana.susahnya mcmana.lepas bersalin dia betul-betul tolong buat kerja rumah.tolong jaga anak.bantu apa yang patut.dihargai..alhamdulillah..

Aiesya
3.65kg
3.4.2015/7.18am

Syukur ya allah.39minggu menanti penuh debar.dengan masalah kesihatan yang berganti-ganti.berkorban perasaan dengan air mata.hanya allah yang tahu.

Moga Aiesya menjadi anak yang solehah. Berjaya di dunia dan akhirat.umi..baba sentiasa mendoakan Aiesya yang baik-baik.

Cukup lah sampai disini.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...